Sabtu, 4 November 2017

JDT VS KEDAH-4.11.2017(PIALA MALAYSIA)


ISKANDAR PUTERI-1 nov kerajaan Negeri Johor mengumumkan jika JDT menang hari ahad 
cuti ini di anggap sebagai cuti peristiwa.
akhirnya  JDT menamatkan kemarau panjang selama 25 tahun  dengan menjulang Piala Malaysia
di Stadium Shah Alam malam tadi dengan menundukkan Kedah 2-0
pasukan JDT bermula garang seawal minit kedua hasil tandukkan pemain pertahanan  Mohamad Aidil Zafuan  Razak. 
-sumber  A STRO AWANI
-GOOGLE-
by browneye

stalker & peeping


dua perkataan yang berbeza tapi mempunyai maksud yang sama
psd ,png by browneyes
image by google

buah semmangka-tembikai


buah semangka atau tembikai mempunyai 90% air
setiap warna buah semangka/tembikai mempunyai khasiat atau vitamin yang berbeza
-RASULULLAH SAW-pernah makan buah semnagka bersama -sama dengan tamar basah
(HR-at TARMIZI-no1834)
image by google
psd by browneyes
 

screen brightness


kenapa lappy kau orang tiba -tiba jadi gelap,apa nak buat
tu pasal jejari tu tersentuh sesuatu yang membuatkan lappy kita secara automatik gelap sedikit tak cerah
senang je-hasil tunjuk ajar sifu lappy
- click kat image bateri
-lihat kat bhg bawah sekali ada-adjust screen brightness-more power options
-click (image tertera lebih kurang macam gini,
-adjust jelah nak cerah bagai
-lepastu keluar dari site tu terus kan melayari internet spt biasa
-mudah kan .
-untuk yang baru mengenali erti berlappy -lappy  :)

image by google

by browneyes

Rabu, 1 November 2017

perbezaan takbur ,ujub dan riak

takbur bermaksud sombong dalam bahasa arab di sebut takabbara-dirujuk kepada perasaan tinggi diri,
suka menggangap diri sendiri lebih mulia,lebih pandai dari orang lain
sifat takbur mempunyai tiga peringkat-takbur kepada Allah,takbur kepada Rasul dan ketiga takbur terhadap sesama manusia.

UJUB
ujub bermaksud bangga dengan diri sendiri merasa kagum dengan diri sendiri ,contohnya bangga dengan kecantikkamn atau kekayaan yang ada pada diri sendiri-yang berkaitan dengan peribadinya.

RIAK
riak pula ialah tidak ikhlas dalam menunaikan  ibadat atau melakukan sesuatu untuk balasan atau mengharapkan balasan yang setimpal-ketiga -tiga sifat TAKBUR,UJUB DAN RIAKmenurut pendapat ulama ianya termasuk dalam sifat syirik kecil.



-CREDIT TO BLOG MVM-Muslim volunteer Malaysia-
-image by google-
-psd by browneyes-

Khamis, 26 Oktober 2017

hindari bisikkan -bisikkan syaitan-iblis

iblis dan syaitan ialah terdiri dari golongan jin dan mereka merupakan jin yang sangat sombong dan durhaka,pengacau dan menjadi musuh manusia di kutuk oleh ALLAH sehingga ke hari kiamat.
-sumber dari blog rawatan islam-
-image by google-
-browneyes-

Khamis, 19 Oktober 2017

ayah rindu zuzana


“AYAH RINDU SANGAT ZUZANA, AYAH TENAT NIE”…PAKCIK INI MOHON NETIZEN BANTU UNTUK CARI ANAKNYA

BIARPUN sudah 17 tahun berlalu, kerinduan terhadap anak perempuan kesayangannya yang hilang tanpa khabar berita tidak pernah surut.
Penantian Ismail Mat Dahan, 71, belum berkesudahan walaupun sudah pelbagai cara dilakukannya termasuk mencari anaknya, Zuzana, 38, di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur.
Namun , kini kudratnya tidak lagi sekuat dahulu untuk mencari anaknya kerana terlantar sakit selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat sejak hampir dua bulan lalu.
Hasrat untuk bertemu Zuzana, anak keempat daripada lapan beradik itu terus disuarakan kepada anak-anaknya yang lain, termasuk anak ketujuh, Siti Noor Ezilla, 31.
“Semalam ayah ada kata, kalau umurnya panjang, dia nak jumpa semua anaknya terutamanya Zuzana. Dia berharap ada orang tolong dia.
“Kami adik beradik dah buntu nak cari macam mana sebab macam-macam yang kami sudah usahakan termasuk mencari di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen mahupun secara tradisional,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengimbas kembali peristiwa yang berlaku pada 2000, Siti Noor Ezilla berkata, kakaknya itu (Zuzana) lari dari rumah sewa keluarga mereka di Kampung Usaha Jaya, Johor Bahru sehelai sepinggang.
“Kakak tidak membawa pakaian mahupun kad pengenalan dan terus hilang sampai ke hari ini termasuk meninggalkan anak lelakinya yang kini berusia 19 tahun.
“Kami tidak tahu apa yang berlaku kepadanya kerana dia tiada masalah dengan keluarga. Tak tahu pula kalau dia ada masalah dengan bekas suaminya apabila bercerai kira-kira dua tahun sebelum dia hilang,” katanya.
Siti Nor Ezilla berkata, kakak sulungnya, Zaleha, 46, adalah paling rapat dengan Zuzana dan meminta kepada sesiapa untuk menghubungi Zaleha, yang kini menjaga bapa mereka di No 136, Hulu Masjid Kampung Kelaboran, 16200, Tumpat, Kelantan
“Baliklah. Emak dan dua abang sudah meninggal (2006, 2004, 2010) pun kakak tak sempat jumpa. Kami tidak akan marah atau salahkan kakak kerana perkara ini sudah lama.
“Kami tidak ambil hati. Mungkin masa itu dia muda lagi (21 tahun), buat sesuatu tidak fikir panjang. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Kami rindu dengan dia sangat. Harap dia terbuka hati nak balik jumpa ayah,” katanya.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau tahu mengenai Zuzana, boleh hubungi Zaleha (0197261830) atau Siti Noor Ezilla (0122729063
-credit to blog OH MANIS.COM-
-credit to google-