Isnin, 17 Julai 2017

tak serasi


nak share ssdikit info biskut(makanan kering) apa yang sesuai untuk si meow .
kalau nak beli yang berbranded yang berjenama sekilo makan 1/2 ratus hinggit beli pek kecil dulu ,jika serasi beli yang besar.
pastikan tanda harga tu teropong luas -luas dulu baru beli jangan tersalah pandang pada harganya .
sesetengah yang berjenama terbaik ni tiada jual sekilo  mungkin terus 3 kilo hah kau makan ratus ringgit.
selalunya dry food untuk kitten ni memang harganya melambong sikit berbanding adult punya.
dek kerana tersalah pandang rega nya cik tipah belilah yang lain ada branded juga lah katakan.
siap all in one .
bawa balik semangat betul nak bagi makanan yang terbaik untuk meow2 kesayangan supaya sihat ceria .makanan orang putih lah katakan mesti lah terbaik
sebelom nak bagi makan si meow2 ni cik tipah ada seekor kucing ni kitten lagi tapi kekwat nya macam boleh di katakan berpangkat inseptor makanan.
nak di jadiknan cerita si inspektor makanan ini akan menguji dahulu samada dry food ni ikut selera tekak dia atau tidak.
aduhai si inspektor makanan ni dah buat isyarat nak timbus macam pup-pup dia lah pulak.
setiap kali tak berkenan dgn makanan baru itulah isyaratnya.
hendak tak hendak bagilah juga kat semuanya ,buat tak tau je semuanya tak macam brand IAMS.
berlumba-lumba makan yang brand ni buat tak layan je banyak tu sekilo setengah.
paksa juga  sbb siapa nak makan tak kan tipah pulak nak makan. terpaksa makan lah tu meow -meow ni ,tak serasi terberak-berak .
si insekptor makanan tak menjamah langsung.
menyesal tipah,tak mau lagi beli brand ni lain kali nak yang IAMS juga
inspektor makanan dah buntang tidur makan ikan rebusssss
yang mahal tak semuanya serasi yang lagi mahal serasi lah pulak????!!!!!!
image by google
ps/browneyes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan