Khamis, 26 Oktober 2017

hindari bisikkan -bisikkan syaitan-iblis

iblis dan syaitan ialah terdiri dari golongan jin dan mereka merupakan jin yang sangat sombong dan durhaka,pengacau dan menjadi musuh manusia di kutuk oleh ALLAH sehingga ke hari kiamat.
-sumber dari blog rawatan islam-
-image by google-
-browneyes-

Khamis, 19 Oktober 2017

ayah rindu zuzana


“AYAH RINDU SANGAT ZUZANA, AYAH TENAT NIE”…PAKCIK INI MOHON NETIZEN BANTU UNTUK CARI ANAKNYA

BIARPUN sudah 17 tahun berlalu, kerinduan terhadap anak perempuan kesayangannya yang hilang tanpa khabar berita tidak pernah surut.
Penantian Ismail Mat Dahan, 71, belum berkesudahan walaupun sudah pelbagai cara dilakukannya termasuk mencari anaknya, Zuzana, 38, di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur.
Namun , kini kudratnya tidak lagi sekuat dahulu untuk mencari anaknya kerana terlantar sakit selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat sejak hampir dua bulan lalu.
Hasrat untuk bertemu Zuzana, anak keempat daripada lapan beradik itu terus disuarakan kepada anak-anaknya yang lain, termasuk anak ketujuh, Siti Noor Ezilla, 31.
“Semalam ayah ada kata, kalau umurnya panjang, dia nak jumpa semua anaknya terutamanya Zuzana. Dia berharap ada orang tolong dia.
“Kami adik beradik dah buntu nak cari macam mana sebab macam-macam yang kami sudah usahakan termasuk mencari di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen mahupun secara tradisional,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengimbas kembali peristiwa yang berlaku pada 2000, Siti Noor Ezilla berkata, kakaknya itu (Zuzana) lari dari rumah sewa keluarga mereka di Kampung Usaha Jaya, Johor Bahru sehelai sepinggang.
“Kakak tidak membawa pakaian mahupun kad pengenalan dan terus hilang sampai ke hari ini termasuk meninggalkan anak lelakinya yang kini berusia 19 tahun.
“Kami tidak tahu apa yang berlaku kepadanya kerana dia tiada masalah dengan keluarga. Tak tahu pula kalau dia ada masalah dengan bekas suaminya apabila bercerai kira-kira dua tahun sebelum dia hilang,” katanya.
Siti Nor Ezilla berkata, kakak sulungnya, Zaleha, 46, adalah paling rapat dengan Zuzana dan meminta kepada sesiapa untuk menghubungi Zaleha, yang kini menjaga bapa mereka di No 136, Hulu Masjid Kampung Kelaboran, 16200, Tumpat, Kelantan
“Baliklah. Emak dan dua abang sudah meninggal (2006, 2004, 2010) pun kakak tak sempat jumpa. Kami tidak akan marah atau salahkan kakak kerana perkara ini sudah lama.
“Kami tidak ambil hati. Mungkin masa itu dia muda lagi (21 tahun), buat sesuatu tidak fikir panjang. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Kami rindu dengan dia sangat. Harap dia terbuka hati nak balik jumpa ayah,” katanya.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau tahu mengenai Zuzana, boleh hubungi Zaleha (0197261830) atau Siti Noor Ezilla (0122729063
-credit to blog OH MANIS.COM-
-credit to google-

tunggu paan tak balik balik-penantian seorang sahabat


Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com.my


~ sad story~
"SAYA masak nasi goreng untuk dia, tunggu dia balik untuk makan dan 'study' (belajar) bersama tapi tak balik-balik," kata Mohamad Mustakim Mat Saad, 18, yang statusnya di Instagram mengenai sahabat yang ditunggu untuk makan bersama selepas memasak untuknya, terkorban akibat kemalangan di Changkat Jering, Perak, Ahad lalu tular di media sosial.
Penuntut diploma kejururawatan itu berkata, Allahyarham Muhammad Farhan Ishak, 18, yang mesra dipanggil Paan itu pulang ke kampung di Teluk Intan pada Jumaat dan terbabit kema
langan maut ketika menunggang motosikal pulang ke asrama mereka di Kolej Lake View, Bukit Merah, Perak."Dia pulang ke rumahnya di Teluk Intan pada Jumaat. Kebiasaannya kami balik kampung bersama tetapi minggu itu saya mahu ulang kaji untuk peperiksaan pada Isnin lalu.


“Saya tak balik kampung dan tinggal di asrama manakala dia pulang bersendirian menunggang motosikal. Kali terakhir dia mesej saya menerusi WhatsApp pada 11 pagi Ahad menyuruh saya ulang kaji," katanya yang rapat dengan Allahyarham Paan sejak enam bulan lalu.
Menurutnya, dia memasak nasi goreng kegemaran Allahyarham untuk makan malam bersama.
"Ketika itu sudah 6 petang, Paan tidak balik lagi. Saya tunggu hingga 8 malam, masih tidak balik.
"Setiap kali ada orang yang menaiki lif, pasti saya intai sebab tak sabar nak jumpa dia dan ulang kaji bersama," katanya yang tinggal di Ipoh, Perak.
Mohamad Mustakim berkata, penantiannya itu berakhir dengan khabar duka selepas pensyarah memberitahu Paan sudah 'tiada'.
"Terduduk seperti tidak percaya apa yang saya dengar. Tak sangka dia kemalangan dan meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, kehilangan Allahyarham Paan memberikan kesan mendalam kepada dirinya.
"Saya ke kelas bersama dia dengan membonceng motosikalnya ke kelas. Dia tak ada, saya pergi berseorangan.
“Kelas kami hanya ada enam orang dan apabila dia sudah tiada, tinggal kami berlima. Kehilangannya yang periang dan sentiasa menceriakan kami amat dirasai," katanya.
Katanya, pada 11 pagi Ahad juga, Allahyarham Paan memaklumkan mahu pergi jauh menerus mesej WhatsApp.
"Paan cakap dia doakan kami semua berjaya dan tidak menduduki peperiksaan bersama kerana bergurau mahu menjawab peperiksaan di Jepun.
"Tidak sangka dia meninggal dunia dalam kemalangan Ahad lalu dan 
pada Isnin lalu, dia tidak lagi bersama kami," katanya.
-credit to Muhamad Mustakim Mad saad-
-credit to My Metro-
--credit to google-

~semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman~

ALLAH SEDIAKAN JODOH TERBAIK UNTUK KITA



Soal Jodoh Tidak Usah Risau, Tuhan Telah Sediakan Yang Terbaik


Perkara kelahiran, rezeki, hidup, mati mahupun jodoh merupakan misteri serta takdir Tuhan yang tak boleh diramal begitu saja. Walaupun kita sudah berusaha keras dan berdoa untuk mendapatkan yang terbaik dari itu semua, ketetapan Tuhan tetaplah segala-galanya. Sementara, kita harus sentiasa menerima dengan perasaan ikhlas serta berlapang dada.
Bila berbicara mengenai takdir khususnya jodoh, nampaknya perbincangan ini akan sangat panjang dan seolah tiada kesudahan. Ya, jodoh. Suatu perkara yang begitu dinantikan ramai khususnya yang masih membujang atau single. Walaupun banyak dari kita yang masih membujang mengatakan “Aku bahagia sendiri atau aku rasa selesa sendiri,” saya yakin bahawa dalam hati yang paling dalam tersimpan rasa rindu teramat dalam dan berharap bahawa si jodoh akan segera datang.
Apalagi, ketika sahabat telah bertemu jodoh atau pasangan masing-masing. Juga, ketika orang sekitar sentiasa bertanya “Bila nak cari teman lelaki? Bila nak menikah? Bila abah dan ibu boleh bertemu calon menantu?” Jujur saja, hal ini tentu akan membuat rasa resah, memikirkan mengenai jodoh membuat rasa lebih gundah. Jika sudah mula gundah gulana akan datangnya jodoh, tenangkan hati dan percaya bahawa Tuhan telah siapkan rancangan yang terbaik.
Tak Bertemu Jodoh Bukan Bermakna Tak Laku, Tapi …
Bunyi kata-kata ini cukup kasar, tapi, kalau kita ambil sisi positif, memang ada kebenarannya. Seseorang yang belum juga bertemu jodoh belum tentu dia tidak laku atau tiada yang mahu berkahwin dengannya. Seseorang tersebut memang belum berfikir untuk serius berumah tangga kerana masih ada tanggungan lain seperti menyelesaikan pendidikannya, mendapatkan pekerjaan yang layak atau kerana dia memang sedang ingin berjuang untuk ibu bapa terlebih dahulu.
Seseorang yang belum bertemu jodohnya juga ada yang mempunyai impian yang masih ingin dicapai sebelum benar-benar memutuskan untuk melepas masa bujangnya. Boleh juga, sedang memilih seseorang yang benar-benar sesuai dengan kata hatinya dan fikiran dengannya. Ya, kadang-kadang untuk mencintai boleh dipelajari, bukankah mencintai akan sangat membahagiakan bila tumbuh secara misteri tanpa disedari?
Setiap Orang Pasti Akan Bertemu Jodohnya
Bila dan di mana pun itu, setiap orang pasti akan bertemu dengan jodohnya. Jika memang tak bertemu di dunia, mungkin Tuhan telah siapkan jodoh terbaiknya di Syurga nanti.
Tugasmu Memantau Diri, Agar Kelak Bertemu Yang Tak Saling Menyakiti
Buat kamu yang masih single, tugasmu ketika ini adalah memantau diri. Memantaukan diri sendiri dari segi memperbaiki sikap, belajar lebih banyak mengenai semua hal terutama yang berkaitan dengan hati agar kelak si jodoh dipertemukan dan disatukan dalam hubungan perkahwinan, kalian berdua akan sentiasa membahagiakan dan tak pernah sanggup untuk saling menyakiti apalagi mengkhianati. Tuhan telah berjanji bahawa seseorang yang baik, maka dia juga akan digandingkan dengan pasangan yang baik pula.
Gunalah masa yang ada sekarang dari banyak mengeluh, merana dan gundah gulana, alangkah baiknya jika masa-masa itu dinikmati dan menjadi lebih bermanfaat. Kelak, ada masa di mana kita akan dipertemukan dengan jodoh kita. Ada masa di mana kita akan berjuang bersama, menggapai cita bersama dan membina keluarga bahagia. Sentiasalah senyum untuk menyambut datangnya jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya dan terimalah dia dengan perasaan tulus ikhlas kerana-Nya.
-DI COPY PASTE DARI BLOGGER TAK PERNAK TAK RINDU-
-CREDIT TO BLOG TAKPERNAHTAKRINDU-
-CREDIT TO GOOGLE-
-maaf copypastedulubarumintaizin-
~artikel ini tiada kena mengena dengan pembaca anggaplah hanya sebagai panduan dalam mencari pasanagn hidup yang boleh menghadapi saat susah dan senang bersama~

Jumaat, 13 Oktober 2017

jambuair


jangan petik musim hujan rasanya agak tawar sedikit-kurang manis
imagebygoogle
png by browneyes
gunakan tool sebelah kanan ps.



Rabu, 11 Oktober 2017

storyaku


senyap je selalunya sundelbolong ni skodeng blog aku tak berani kot 

atau belom sempat menyekodeng sibuk sangat promosi story aku.

dah tip-top lah aku lebih tip top dari retis gitu.
alhamdulillah ,yang paling aku tak sangka sekali perangai sundelbolong ni sanggup ketepikan ego yang tinggi menjulang , melambong tu untuk berbaik dgn musuh ketat-ketat semata -mata nak promosi storyaku.
buatlah selagi kudrat kau di izinkan oleh NYA.
IMAGEBYGOOGLE
storyaku by browneyes

Selasa, 10 Oktober 2017

berhati-hati dgn si pengadu domba-boleh buat kau bertukar jadi iblis


berhati-hati dengan perempuan ini  .!!!!!
 si pengadu domba dengan mulut ib....s
boleh buat anda terpengaruh dengan perangai kepura 2an mereka berdua 
kelebihan mereka berdua.
-buat anda percaya yang mereka berdua ini lah manusia yang paling baik,sempurna hingga boleh di anggap spt adik-beradik
-tunjuk baik molek -molek-hakikatnya mereka berdua akan serang anda dari segenap penjuru hingga sekeliling jiran atau kawan anda selama ini boleh hilang dgn sekelip mata
-boleh siasat A-Z apa peribadi anda dari hujung rambut sampai celah ketiak kau yang terselit dan tersirat bagi semua orang tau,senang cerita tibai habis engkau punya rahsia yang kau orang sendiri pun dah lupa .
-boleh hancurkan iman kau menjadikan kau orang spt iblis
-boleh jadikan musuh dia orang menjadi musuh terbaru engkau orang-dah bertambah dgn sekelip mata musuh dalam kain kau orang
- boleh buat apa yang kau tak terfikir yang kau orang akan buat
-buat -buat baik sesama musuh ketat untuk menambahkan koleksi sahabat baik untuk memburuk-burukan status terbaru kau orang
-penyiasat sulit terbaik-untuk mencari kesilapan kau orang
-setiap hari akan mencari atau mencerca kau orang , untuk menutup kesalahan sendiri
-sesuka hati carut,maki hamun
-entah bila zaman nak nampak kesalahan sendiri
kenapa aku menulis begini sebab aku pun pernah percayakan mereka berdua.
mereka akan menghina dan mengutuk musuh mereka sehabis mungkin,sehina mungkin,meletakkan status pelacur sesuka hati.tapi yang paling jahat sekali dalam hal ini kau orang kena berhati -hati dengan si pengadu domba ,sebab dia akan berbaik-baik dgn jiran anda yang belum menjadi musuh dan akan bertanyakan berapa umur si polan-sipolan ini,apa namanya si polan ini,tujuannnya untuk apa bertanyakan umur,nama penuh -tak reti tanya sendiri- dgn anda.sbb aku baru terfikir la ni gunanya utk apa.sbb jiran baik aku ni(dulu musuh ketat dia)la ni,la ni,dah berubah 500%.tengok muka haku pun tak mau
power tak power si pengadu domba ini..
jadi aku cuma nak kau orang berhati hati dalam memilih kawan jangan percaya dengan orang yang bermulut manis.
kau tolong aku(engkau berdua) sebab kau nak lagakan aku dengan musuh ketat kau sebab kau 
takkan boleh menerima idea orang yang lebih pandai dan berotak dari kau
untuk si pengadu domba mengadulah sampai ketua bangka satu hari umur kau akan cecah macam umur aku juga .aku sngt bersyukur kerana tidak lagi menjadikan kau berdua kawan atau sahabat aku 
lagi bagus rasanya hati ini dan tenang tidak mempunyai kawan si pengadu domba -paling kurang aku tak dengar keburukkan mak ...... kau lagi.
kesian.-boleh buat skrip drama-kalau ada yang tak berkenaan terasa tanya diri sendiri kenapa terasa?
adakah diri kau yang aku maksudkan kalau bukan berlapang dadalah.
dari brown eyes-jangan anggap aku sebagi mak engkau aku geli nak muntah :(



Jumaat, 6 Oktober 2017

gone but not forgotten










 people princess dead-on august 1997
image by google
credit toJen Mills for Metro.co.UK
by browneyes


Khamis, 5 Oktober 2017

colourful



foto asal⇧⇩setelah di psdkn dgn teknik beberapa lapisan 
psd 
-image by google easter egg
-psd by browneyes

Ahad, 1 Oktober 2017

abc



foto asal⇧⇩psd
imageby google-weheartit-
psdbybrowneyes