Khamis, 19 Oktober 2017

tunggu paan tak balik balik-penantian seorang sahabat


Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com.my


~ sad story~
"SAYA masak nasi goreng untuk dia, tunggu dia balik untuk makan dan 'study' (belajar) bersama tapi tak balik-balik," kata Mohamad Mustakim Mat Saad, 18, yang statusnya di Instagram mengenai sahabat yang ditunggu untuk makan bersama selepas memasak untuknya, terkorban akibat kemalangan di Changkat Jering, Perak, Ahad lalu tular di media sosial.
Penuntut diploma kejururawatan itu berkata, Allahyarham Muhammad Farhan Ishak, 18, yang mesra dipanggil Paan itu pulang ke kampung di Teluk Intan pada Jumaat dan terbabit kema
langan maut ketika menunggang motosikal pulang ke asrama mereka di Kolej Lake View, Bukit Merah, Perak."Dia pulang ke rumahnya di Teluk Intan pada Jumaat. Kebiasaannya kami balik kampung bersama tetapi minggu itu saya mahu ulang kaji untuk peperiksaan pada Isnin lalu.


“Saya tak balik kampung dan tinggal di asrama manakala dia pulang bersendirian menunggang motosikal. Kali terakhir dia mesej saya menerusi WhatsApp pada 11 pagi Ahad menyuruh saya ulang kaji," katanya yang rapat dengan Allahyarham Paan sejak enam bulan lalu.
Menurutnya, dia memasak nasi goreng kegemaran Allahyarham untuk makan malam bersama.
"Ketika itu sudah 6 petang, Paan tidak balik lagi. Saya tunggu hingga 8 malam, masih tidak balik.
"Setiap kali ada orang yang menaiki lif, pasti saya intai sebab tak sabar nak jumpa dia dan ulang kaji bersama," katanya yang tinggal di Ipoh, Perak.
Mohamad Mustakim berkata, penantiannya itu berakhir dengan khabar duka selepas pensyarah memberitahu Paan sudah 'tiada'.
"Terduduk seperti tidak percaya apa yang saya dengar. Tak sangka dia kemalangan dan meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, kehilangan Allahyarham Paan memberikan kesan mendalam kepada dirinya.
"Saya ke kelas bersama dia dengan membonceng motosikalnya ke kelas. Dia tak ada, saya pergi berseorangan.
“Kelas kami hanya ada enam orang dan apabila dia sudah tiada, tinggal kami berlima. Kehilangannya yang periang dan sentiasa menceriakan kami amat dirasai," katanya.
Katanya, pada 11 pagi Ahad juga, Allahyarham Paan memaklumkan mahu pergi jauh menerus mesej WhatsApp.
"Paan cakap dia doakan kami semua berjaya dan tidak menduduki peperiksaan bersama kerana bergurau mahu menjawab peperiksaan di Jepun.
"Tidak sangka dia meninggal dunia dalam kemalangan Ahad lalu dan 
pada Isnin lalu, dia tidak lagi bersama kami," katanya.
-credit to Muhamad Mustakim Mad saad-
-credit to My Metro-
--credit to google-

~semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan